first time buat pasta carbonara

By Nasampian - December 21, 2017

assalamualaikum,

kepada shanaz di masa hadapan, kau ingat lah ni lah hari pertama kau masak pasta carbonara okay sisturr?

hihi, bukan masak cemna pun. cuma aku beli carbonara sauce siap-siap dari market. sampai rumah tinggal nak masak je lagi. untuk sos carbonara, aku pakai "prego carbonara cendawan" yang tin warna biru itu. dan untuk pasta, kami pakai "fettuccine sen remo" yang bentuk macam leper-leper itu. sila refer gambar di bawah kawan-kawan.

beginilah rupa sos itu

ketika ditemui, keadaan pasta itu sebegini kawan-kawan.

aku ada buat research sikit-sikit sebelum masak benda ni pada pagi itu, dan dapat tahu yang carbonara sesuai ngat-ngat dengan fettuccine. macam gabungan yang cun melecun bergabung meletup gituewww.

untuk bahan-bahan sampingan aku yang terlebih banyak dari kuah aku taruk ialah aku letak sosej, dada ayam potong dadu, dan crab stick. 

okay, bahan-bahan semua dah ada kan kawan-kawan. kita terus ke cara-cara memasak spaghetti ini ye tuan puan.

STEP 1 
mula-mula masak air sampai didih mendidih. untuk air ni agak-agak je lah berapa korang nak letak. kalau masak satu plastik tu, masak 5 litre air. kalau masak setengah, jangan lah bagi sebeban air, kang bila nak masaknye nanti kan? jadi aku ikut sukatan botol 1500ml air. dah mendidih masukkan garam secukup rasa dan sedikit minyak. paling bagus kalau pakai minyak zaitun. (optional laa, aku letak minyak masak biasa je). lepas tu, masukkan fettuccine biar la dalam air mendidih tu sampai dia jadi lembut dan boleh dimakan ye.

STEP 2
sementara tunggu fettuccine tu lembut, aku ni masak lah dulu sos dia. cara masak sos ni senang giler babengg kawan-kawan. easy tutup mata pun dapat buat. (buat cerita tipu adalah). 

okay, mula-mula masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. lepas minyak panas, masukkan ayam, sosej dan crab stick yang dah dipotong kecik tadi. kacau sampai puas hati tengok dah masak ye. 

dah masak bahan-bahan sampingan tu, keluarkan dari kuali. akan ada lebihan minyak dari apa yang kita pakai mula tadi, pakai minyak itu untuk tumis bawang putih dan bawang merah. bawang-bawang ni ikut tuan puan lah ye, nak letak banyak ke, letak sikit ke, tuan puan adjust sendiri ikut selera tuan puan ye. 

naik bau dah bawang-bawang tadi, masukkan balik bahan-bahan sampingan yang diketepikan sebentar tadi. campur mereka berdua bersama-sama sehingga sebati.

mah feveret part ialah masukkan sos carbonara dari dalam tin tadi. masukkan je lah semua, se tin tu cukup untuk beri makan 5 - 6 orang kalau pandai adjust dia punya sos. 

aku masukkan air sikit sebab sos dari dalam tin tu memang dia punya pekat lain maciamm. 

dah settle semua benda, renehkan sos beberapa minit, sampai mendidih, sambil-sambil tu kacau-kacau dia bagi tak tenang hidup. dah settle, barulah tutup api. ye lah, kalau belum settle, tutup api, masaklah kau jah!

akhir kalam, masukkan fettuccine ke dalam sos carbonara kita tadi. campur-campur, mix it together sampai depa dah sebati giler babeng hanya Tuhan saje yang tahu. 

settle part tu, ape lagi, melantak laaaa kawan-kawan. takkan nak termenung sampai ke sudah, ye dok?

tak cantek nya aku punya presentation, takpe janji sodapp

bye gais

  • Share:

You Might Also Like

0 comments