everyday skincare routine // hari breakout sedunia???
assalamualaikum,
dengan sukacitanya aku nak bagitau yang muka aku kembali kepada asal permulaan jerawat fasa budak2 baru nak up dulu. hmm, keciwa nau gais.
sebenarnya, aku pun tak tau kenapa dan apa salah aku sampai muka aku tiba-tiba breakout dengan gemilangnya. entah, mungkin salah makan, atau salah minum, atau salah pakai, atau salah tidur, terkurang terlebih apa2, aku belum habis kaji lagi. tapi, aku memang tak mahu nak mengkaji sebab yang penting sekarang ialah cara nak kembalikan semula muka aku yang okay dulu kala, walupun tak lah se'flawless' artis kpop, its okay, at least aku yakin nak keluar tanpa oles bedak, sekarang, oles bedak pun capuk2 gais. mana nak cover capuk2 tu gais?
aisehmen, aku pun ada lah cuba beberapa barang untuk muka ni, aku rasa muka aku start breakout lepas aku berhenti pakai scrub "st ives blemish control". okay, cakap serius aku memang suka ngat-2 dengan scrub ni sebab lepas sapu kat muka, rasa bersih macam baru tukar kulit. lewlzz, over nau perumpaan, tapi memang best produk ni. aku berehenti bukan apa kawan2, aku berhenti sebab aku belum ada cukup bajet lagi. haah, memang harga dia rm 25 je kat watson, tapi tu lah, tiap kali ke watson asyik lupa nak beli. kalau tak lupa, mesti terbeli benda lain, frust nau.
0 comments